Kehidupan awal Blake_Lively

Lively dilahirkan di Tarzana kejiranan Los Angeles, California,[4][5] kepada pelakon Ernie Lively (né Ernest Wilson Brown, Jr.) dan isterinya, Elaine (née McAlpin), seorang pencari bakat.[6] Beliau mempunyai seorang abang, Eric, dua kakak tiri, Lori dan Robyn,[7] dan seorang abang tiri, Jason. Kedua-dua ibu bapanya dan kesemua adik beradiknya pernah terlibat dalam industri hiburan.[8]

Semasa zaman kanak-kanak, ibu-bapanya membawa beliau bersama mereka ke kelas lakonan yang diajar mereka kerana mereka tidak mahu meninggalkan beliau bersama pengasuh. Lively berkata bahawa melihat ibu-bapanya mengajar kelas lakonan membantu beliau untuk latihan lakonan dan mendapat keyakinan ketika beliau lebih tua.[8] Beliau pada awalnya tidak berminat bidang lakonan dan mahu menghadiri Universiti Stanford. Semasa musim panas diantara tahun junior dan senior sekolah tinggi, abangnya Eric meminta ejennya untuk menghantar beliau ke beberapa uji bakat dalam tempoh beberapa bulan. Daripada beberapa uji bakat ini, beliau mendapat watak Bridget untuk The Sisterhood of the Traveling Pants.[9] Lively menjalani pengambaran babaknya untuk The Sisterhood of the Traveling Pants diantara tahun junior dan seniornya di Sekolah Tinggi Burbank.[9][10]

Rujukan

WikiPedia: Blake_Lively http://www.abc.net.au/atthemovies/txt/s2709684.htm http://www.biography.com/people/blake-lively-23034 http://boxofficemojo.com/movies/?id=greenlantern.h... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=ageofadali... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=travelingp... http://www.cbsnews.com/8301-207_162-57610080/blake... http://www.deadline.com/2013/10/blake-lively-ellen... http://ca.eonline.com/news/346615/blake-lively-and... http://www.eonline.com/uberblog/b161247_blake_live... http://www.familytreelegends.com/records/39461